Disebabkan itu kata Sze Han, pihaknya memerlukan kerjasama daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga untuk menyekat bekalan air serta elektrik sebagai langkah efektif bagi mengekang operasi kilang-kilang haram berkenaan.

"Kita sedang berbincang dengan SPAN serta suruhanjaya itu dan kita akan pastikan bekalan air serta elektrik (terhadap kilang-kilang haram) akan dipotong (dalam masa terdekat)," katanya bagi menjawab soalan tambahan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Tuck Chee dalam soalan tambahannya bertanya sama ada operasi yang dijalankan kerajaan negeri dalam membanteras kilang plastik haram memerlukan bantuan daripada agensi utiliti untuk menyekat bekalan tenaga dan air kepada kilang berkenaan. 

Dalam pada itu, Sze Han berkata, setakat ini, sebanyak 107 kilang plastik haram dikesan beroperasi di Selangor yang mana 99 kilang diberi notis penutupan manakala 48 daripadanya telah ditutup sepenuhnya. - Bernama