TEC 2019 dianjurkan oleh Majlis Daerah Tampin dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dan disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat berpasukan.

Katanya, sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan kegiatan sukan.

“Sesungguhnya aktiviti sukan memberikan pelbagai manfaat dan merupakan platform terbaik bagi melahirkan masyarakat cergas luaran dan mindanya menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek merangkumi mental, fizikal dan emosi.

“Sebanyak tiga disiplin dipertandingkan iaitu berkayak sejauh 5 Kilometer, berbasikal 50 kilometer (km) dan berlari 20 km dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Terbuka dan Badan Beruniform dan Kerajaan dan terbuka untuk rakyat Malaysia sahaja.

“Yuran penyertaan bagi kategori Terbuka RM100 dan Badan Beruniform dan Kerajaan RM50 terdiri dari empat orang sebagai penyertaan.

“Wang tunai keseluruhan berjumlah RM8,200.00 menanti peserta yang menyertai kali ini.

“Acara utama di Tampin ini merupakan pelaburan yang dibuat untuk membawa masuk pelancong dari dalam dan luar negara bagi merancakkan industri pelancongan.

“Ia juga akan membantu meningkatkan reputasi Tampin sebagai tempat yang menarik, dinamik dan bersemangat untuk dilawati, didiami yang mana penduduk dan pelancong berpeluang menghadiri acara-acara bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, dijangkakan lebih 5,000 termasuk penyokong dan peserta akan menghadiri acara sepanjang tiga hari itu.

Selain itu, katanya TEC 2019 juga adalah platform para peserta dalam nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan.

“Tampin merangkumi kawasan Gemencheh, Gemas, Bukit Rokan, Jelai, Air Kuning Selatan, Repah, Dangi, Keru dan Tebong serta boleh dilalui dari Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar melalui Tol Simpang Ampat, Melaka,” katanya.

Ujar Suhaiza, Tampin juga boleh dilalui dari Jalan Persekutuan iaitu melalui Rembau. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di daerah itu termasuk Gunung Tampin, Tugu Peringatan Sungai Kelamah, Homestay Kampung Londah dan Balai Tunku Besar Tampin, Water Park dan Xtreme Park.

“Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha memantapkan industri pelancongan di negeri yang menjadi salah faktor penyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Sembilan,” katanya lagi.

“Lebih menarik, selain acara utama, penganjuran kali ini juga akan membabitkan penyertaan orang ramai terutama masyarakat setempat melalui acara sampingan antaranyanya aktiviti pendakian Klinik Mendaki, Wall Climbing, Rock Climbing, Fyling Fox, Live Band, PS 4, Retro Mania dan Pameran serta jualan.

Ia sekaligus menggalakkan masyarakat mengamalkan kehidupan sihat dan cergas selain membantu menilai tahap prestasi pelumba serta meningkatkan daya saing dan semangat kesukanan tambahnya lagi.

Menteri Besar, Aminuddin Harun dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini atau mereka yang ingin mendaftar sebagai peserta, diminta supaya melayari laman sesawang FB Tampin Eco Challenge 2019. - K! ONLINE