Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, sambutan itu akan bermula tahun ini dan akan disambut  di seluruh negara  

"Tadi kita ada pertemuan di bandar Tawau bersama wakil kakitangan akademik universiti dan kita bersetuju untuk menjadikan 5 Oktober ini sebagai Hari Warga Akademia SeMalaysia.

"Kita biasanya ada Hari Guru tetapi hari (untuk) pensyarah tiada, jadi mereka (wakil universiti) berbincang dan meminta agar dijadikan satu hari warga akademia (pensyarah)," katanya kepada pemberita di sini.

Maszlee berkata, tarikh 5 Oktober dipilih kerana ia bersempena Hari Guru Sedunia UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Di Malaysia, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh itu dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu  telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran  sebagai dasar pelajaran negara. - Bernama