AHMAD SHUKRI
AHMAD SHUKRI

Program la­rian yang diadakan di sekitar Pantai Cenang itu dianjurkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah melalui anak syarikatnya, Global Media Communications Sdn. Bhd. akan bermula pada pukul 8 malam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Shukri Tajuddin (gambar kecil), pihaknya menyasarkan penyer­taan sehingga 5,000 peserta terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong asing.

“Yuran kemasukan ialah RM50 seorang bagi mereka yang mendaftar sebelum hari Sabtu ini. Namun, yuran pada hari larian ialah sebanyak RM60 seorang. Kami berharap lebih ramai pe­minat akan menyertai program ini.

“Adalah diharapkan program ini dapat memupuk kesedaran mengenai usaha membantu mengawal fenomena pemanasan global dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.