Kerja-kerja pemadaman kebakaran yang bermula pukul 6.15 petang itu dijangka mengambil masa antara 24 hingga 48 jam.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, operasi memadam api melibatkan lebih 100 pegawai dan anggota bomba dari Terengganu dan Pahang.

Katanya, kebakaran itu melibatkan tiga tangki berisi minyak mentah yang berkapasiti lebih 20,000 meter padu.

Difahamkan, minyak mentah itu mengandungi bitumen yang digunakan dalam pembuatan tar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.