Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pihaknya menahan 44 lelaki dan seorang wanita dalam operasi selama 10 jam yang berakhir pukul 5 petang itu.

Menurutnya, operasi berkenaan dibuat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya kes kecurian motosikal selain penagihan dadah dan gelandangan yang terlibat jenayah.

Noorzainy berkata, operasi itu turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah. - K! ONLINE