Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata tiga PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara yang menempatkan 375 orang, SK Temai (93 orang) dan SK Aceh (sembilan orang).

Beliau juga menjangkakan semua mangsa akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat sekiranya  cuaca cerah hari ini. - Bernama