Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu melibatkan Kampung Kuala Melaka, Kampung Kuala Teriang, Kampung Padang Jawa, Kampung Lubuk Setol, Kampung Kubang Badak, Kampung Padang Jawa dan Lorong Surau Kampung Baru.

Enam buah rumah di Kampung Teluk Yu, Kampung Tanjung dan Kampung Bohor Masjid turut dinaiki air selepas hujan lebat selama sejam bermula pukul 5 pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi, Leftenan (PA) Nalzatul Ashikin Nordin berkata, sebuah pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Teriang bagi mangsa ribut yang kini menempatkan sebanyak 159 mangsa daripada 33 keluarga.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.