Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan berbanding pencapaian tahun 2016 iaitu seramai 46 orang atau 1.44 peratus mendapat PNGK 4.00.

"Bagaimanapun, prestasi calon yang mendapat lulus penuh meningkat iaitu daripada 3,155 atau 98.9 peratus pada tahun 2016 kepada 3,312 atau 99.37 peratus pada tahun lalu.

"Kita juga bangga apabila pencapaian itu melepasi peratus lulus penuh kebangsaan iaitu 98.83 peratus," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra di sini hari ini.

Kata beliau, pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) Kedah adalah 2.85 berbanding 2.77 pada tahun 2016 melibatkan peningkatan sebanyak 0.08.

"Secara keseluruhannya kita amat berbangga dengan pencapaian Kedah yang telah melonjak kedudukan daripada tempat keenam pada tahun 2016 kepada tempat keempat bagi STPM tahun lalu," tambahnya. - K! ONLINE