Pemangku Penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) Dun Cukai, Mohd. Hanafi Rahman berkata, pihaknya telah menempatkan beberapa keluarga yang kediaman mereka terjejas teruk dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu di Balai Raya Taman Fikri.

"Jika lebih daripada 10 buah keluarga memerlukan tempat perlindungan, berkemungkinan besar kita akan membuka sebuah pusat pemindahan sementara di Kompleks Rakan Muda Mak Lagam.

"Didapati sebahagian daripada 41 buah rumah yang terjejas itu mengalami kerosakan yang teruk dan ada yang tidak boleh didiami. Bagaimanapun jumlah sebenar kerugian serta kerosakan yang dialami oleh pemilik rumah sedang dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE