Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, enam buah sekolah terjejas dan terpaksa ditutup sementara me­libatkan tiga buah sekolah di Miri dan masing-masing satu sekolah di Sibu, Mukah dan Bintulu.

Katanya, tiga sekolah di Miri yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong manakala di Sibu melibatkan SK Nanga Bon, Mukah (SK Kuala Kenyana) dan SK Genaan di Bintulu.

“Paras air sungai di kawasan terjejas ini menunjukkan pe­ningkatan sekitar satu meter menyebabkan laluan atau jalan raya ke sekolah tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.