Keadaan itu didakwa boleh menjejaskan keupayaan TUDM dalam menjalankan tugasnya melindungi ruang udara negara.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, antara aset-aset terlibat ialah pesawat seperti F/A-18 Hornet, Hawk, C-130 dan Nuri.

Katanya, helikopter Nuri yang sudah menjangkau usia 40 tahun menghadapi isu penghasilan alat ganti.

“Bagi pesawat F/A-18 Hornet, kita telah melakukan proses naik taraf yang berterusan. Dari segi keupayaan, pesawat itu mempunyai sistem senjata baharu.

“Pesawat Hawk dan pesawat C-130 juga perlukan pro­ses naik taraf dan mungkin kita akan lakukan Service Life Extension Programme (SLEP),” katanya pada sidang akhbar khas bersempena Hari Ulang Tahun ke-60 TUDM di Bangunan Pergerakan Udara, Pengkalan TUDM Subang di sini kelmarin.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.