Beliau berkata, setiap hari, 4,000 tan sampah dan hasil buangan akan diuruskan.

"Kerajaan akan mengendalikannya secara manual dan menggunakan teknologi digital serta aplikasi telefon pintar untuk memastikan kebersihan Kota Suci," katanya kepada 11 editor jemputan kerajaan Arab Saudi dari pelbagai negara untuk membuat liputan pramusim haji di sini hari ini.

Ibrahim berkata, sistem itu akan membolehkan pekerja memantau kebersihan bandar secara jitu.

"Ini disebabkan setiap tong sampah telah dilengkapi dengan sensor yang akan menghantar data ke ibu pejabat dan telefon pintar," katanya. - Bernama