Empat mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu ialah pemandu Honda Stream, Nur Faizlin Jamaludin, 37, suaminya, Nizam Daud, 51, dan dua anak mereka iaitu Nur Naqiya, 7, serta ­Muhammad Niyaz, 2.

Seorang lagi anak mangsa iaitu Muhammad Naqib, 9, dilaporkan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Segamat di sini.

Lima sekeluarga itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kampung Gemereh di sini dari Pengerang sempena cuti hujung minggu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.