Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, bahagian depan kuarters dua tingkat yang didia­mi Penolong Pengarah Kanan Kastam Bahagian GST, Nor Azman Jini rosak. Turut musnah seratus peratus ialah dua buah kereta iaitu Mercedes-Benz C200K dan Perodua Myvi. Sebuah kende­raan utiliti sukan (SUV) Honda CRV dan Proton Saga masing-masing hangus di bahagian depan.

Kereta Honda CRV milik Nor Azman; Mercedes-Benz milik isterinya, Norha­yati Khairuddin; Perodua Myvi milik anak perempuan pasangan itu manakala Proton Saga milik menantu mereka.

Bagaimanapun, semasa kejadian Nor Azman, isteri, anak dan menantu serta dua cucunya selamat selepas dikejutkan oleh jiran-jirannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.