Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Rompin dan Balok Baru, Kuantan di Pahang masing-masing mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 192 dan 157.

Di Melaka, Bukit Rambai mencatat bacaan IPU 112 manakala Alor Gajah merekodkan 103 dan bandar raya Melaka pula menca­tatkan bacaan IPU 93 iaitu sederhana.

Keadaan itu menyebabkan ruang udara di kawasan tersebut kelihatan berjerebu terutama­nya pada awal pagi.

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman web tersebut, sebanyak 60 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya dua stesen merekodkan bacaan baik iaitu di Sandakan dan Tawau, Sabah de­ngan bacaan IPU 37 dan 35.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dika­tegorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.