Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azeem Nazuri berkata, kesemua suspek yang ditangkap berumur 20 hingga 30 tahun hasil daripada serbuan di dua buah premis yang terletak di Berjaya Times Square, di sini semalam.

"Di dalam serbuan pertama kami berjaya menangkap tiga orang manakala serbuan kedua seorang, dan mereka disyaki pekerja premis tersebut.

"Barang-barang yang disyaki tiruan terdiri daripada tali pinggang, beg tangan dan kasut yang disyaki menggunakan perihal dagangan palsu iaitu jenama Louis Vuitton (LV), Gucci dan Chanel," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Azeem, dalam operasi tersebut, sebanyak RM27,570 nilai sitaan dengan kira-kira 579 unit barang berjaya dirampas.

"Kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga 24 Mei depan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. 

"Siasatan kes akan dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011," ujarnya.

Jelas beliau, orang ramai yang mengesyaki mana-mana premis menjual barangan tiruan boleh membuat laporan kepada pusat panggilan di talian 1800 886 800 atau layari portal KPDNHEP melalui [email protected] - K! ONLINE