Mereka yang maut dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu ialah Abd. Rahim Abd. Ghani, 61, isterinya, Siti Fatimah Amat, 55 serta anak mereka, Munira, 30. Anak Munira iaitu Aniq Anaqi Mohamad berusia 6 bulan pula disahkan me­ninggal dunia ketika me­nerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah.

Kosmo! difahamkan, kejadian berlaku ketika ke­semua mangsa dalam perjalanan pulang ke Tanjong Karang selepas bermalam di rumah suami Munira di Taman Maju 2, Teluk Intan, Perak.

Mereka bertolak dari Teluk Intan pada pukul 10 pagi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Pe­nguatkuasaan Trafik Selangor, Deputi Superin­tendan Sahimi Husin berkata, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil dipandu Abd. Rahim dalam perjalanan ke Su­ngai Besar dari arah Sabak Bernam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.