Dalam serbuan pada pukul 2.30 petang itu telah dilakukan bersama pemilik cap dagang di tiga buah premis di sekitar Wangsa Maju dan Lorong Haji Taib.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azeem Nazuri berkata, pihaknya turut menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun yang dipercayai pekerja di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, cermin mata sebanyak 4,320 unit itu termasuk bekas simpanan cermin mata didapati menggunakan perihal dagangan palsu,” katanya ketika sidang akbar di Stor KPDNHEP, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, statistik sehingga Ogos tahun ini menunjukkan sebanyak 82 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 melibatkan sitaan sebanyak 60,482 unit dengan nilai sitaan berjumlah RM2,214,111 direkodkan.

"Sehingga kini sebanyak 20 tangkapan sudah dibuat membabitkan sembilan kes terdiri daripada empat warga tempatan dan 16 warga asing yang disiasat di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

"KPDNHEP memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu untuk tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barang tiruan," katanya. - K! ONLINE