Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, mereka mengalami gejala loya, muntah sakit perut dan cirit- birit selepas makan hidangan yang disediakan oleh pihak katerer semasa program itu.

Katanya, setakat pukul 8 pagi hari ini mendapati seramai 234 pelajar telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di tiga buah hospital kerajaan manakala 160 orang pelajar telah disaring oleh pasukan perubatan dari klinik kesihatan berdekatan.

“Kesemua pesakit adalah stabil dan tiada kemasukan ke wad dengan kejadian keracunan makanan ini adalah terkawal.

“Siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk mengenalpasti punca sebenar keracunan makanan tersebut dengan beberapa sampel berkaitan akan diambil,” 
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pengendali makanan dinasihatkan untuk sentiasa memastikan pengendalian makanan mengikut tatacara keselamatan makanan, memastikan kebersihan diri serta premis makanan dan persekitarannya. - K! ONLINE