Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Zaihan Shukri berkata, pelbagai usaha dirancang agensi berkenaan untuk meningkatkan peratus pekerja mahir negara sebagai persediaan menghadapi Revolusi Industri 4.0.

"Revolusi Industri 4.0 ini akan menyebabkan sebahagian pekerjaan yang ada hari ini akan dijumudkan kewujudannya dan seterusnya akan mewujudkan pekerjaan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kreativiti, Inovasi dan Teknologi (KRISTEK'18) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah ILP Kota Bharu Zainudin Ahmad; Pengarah ILP Kuala Terengganu Faizah Harun; Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah ADTEC Jerantut, Pahang Zuraini Muda. - Bernama