Perkara itu disahkan oleh Naib Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Chong Chen Bin yang memberitahu kesemua ADUN telah bersiap sedia untuk ke istana.

Beliau yang juga ADUN Tanjong Kapor memberitahu,  jemputan tersebut diserahkan oleh dua pegawai istana yang datang ke kediaman Mohd. Shafie pada pukul 2 petang tadi.

"Kami telah menerima jemputan dan akan bertolak ke istana pada pukul 8 malam nanti," katanya.

Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memiliki 35 kerusi DUN di Sabah dengan bantuan enam ADUN BN yang menyertai Warisan. - K! ONLINE