Enam belas daripada mereka dirawat di Hospital Gerik manakala bakinya dibawa ke sebuah poliklinik swasta di sini kira-kira pada pukul 9 pagi tadi. 

Difahamkan, mereka dipercayai mengambil sarapan pagi di kantin sekolah sebelum mengalami tanda-tanda keracunan makanan dan dibawa ke hospital dan klinik untuk menerima rawatan. 

Bagaimanapun, para pelajar tersebut hanya dirawat sebagai pesakit luar dan sampel daripada mereka telah diambil sebelum dibenarkan pulang kira-kira pada pukul 11 pagi. 

Sementara itu, kakitangan poliklinik tersebut berkata, seramai sembilan pelajar lelaki dan sembilan pelajar perempuan dirawat di klinik tersebut. 

"Lapan belas pelajar berusia 14 hingga 17 tahun tersebut dirawat sebagai pesakit luar dan tidak dirujuk ke hospital memandangkan ia tidak serius. 

"Kesemua mereka kemudiannya dibawa pulang ke sekolah pada pukul 11 pagi," katanya. - K! ONLINE