Dalam kejadian 7.30 pagi itu, seramai lima murid lelaki dan 28 perempuan dikejarkan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor, Ab Rahim Lamin, berkata bagaimanapun keadaan sekolah terkawal, namun sebagai langkah berjaga-jaga, bilik darjah di tingkat tiga dan empat sekolah berkenaan dikosongkan.

Menurutnya, semua pelajar yang terkesan duduk di bilik darjah tingkat tiga dan empat sekolah berkenaan dikumpul di bahagian bawah bangunan sekolah berkenaan.

“Maklumat terkini sehingga pukul 12.55 tengah hari tadi, seramai 33 murid terkesan iaitu lima lelaki dan 28 perempuan.

“Seramai 17 murid terkesan adalah dari Tahun 4, manakala tujuh Tahun 5 dan sembilan Tahun 6, daripada jumlah itu seramai 17 murid terkesan berulang iaitu tiga lelaki dan 14 perempuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, tiada murid dirujuk ke hospital awam atau swasta dan mereka dibenarkan pulang ke rumah selepas dipantau.

Jelasnya, punca kejadian masih dalam siasatan pihat berwajib dan menasihatkan orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan kejadian berkenaan.

Katanya, orang ramai perlu menunggu pengumuman lanjut daripada pihak berkaitan. - K! ONLINE.