Mereka terdiri daripada 180 orang dari Kampung Bukit Rang dan penduduk Kampung Pisang 132 orang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penduduk Kampung Bukit Rang menerima tanah untuk kediaman dengan keluasan 501 meter persegi manakala tanah pertanian seluas satu ekar bagi penduduk Kampung Pisang.

"Saya harap semua penerima surat hak milik tanah hari ini dapat memanfaatkan pemberian kerajaan negeri itu dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah dan Pecah Tanah Perumahan Makmur Padang Saujana Jaya, Mukim Pulau Tawar hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah; ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud.

Menurutnya, 58 ekar diperuntukkan untuk membina Rumah Makmur yang dijangka siap pada 2022 dan akan dijual pada harga RM80,000 seunit.

Pada majlis tersebut, Wan Rosdy turut menyampaikan bantuan kepada wakil masjid dan surau di DUN Pulau Tawar. - K! ONLINE