Majlis itu turut mendapat sokongan empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Jabatan Pertanian Perlis yang menyumbangkan buah kurma, mempelam harumanis, mangkuk kaca serta beras pulut untuk diagihkan kepada setiap ahli kelab media berkenaan.

Wakil rakyat itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad, ADUN Pauh, Rozieana Ahmad dan ADUN Titi Tinggi, Teh Chai Ann.

Presiden KEMPs, Sharilfuddin Saari berkata, majlis itu dihadiri hampir semua ahli kelab.

"Ini merupakan platform terbaik mengeratkan hubungan semua media di Perlis sama ada media cetak atau elektronik.

"Selain itu, saya berharap, kerjasama strategik melibatkan ADUN Barisan Nasional (BN) ini dapat diteruskan pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, Sharilfuddin berkata, majlis itu merupakan sebahagian aktiviti kelab pada tahun ini.

"KEMPs akan menganjurkan majlis Hari Raya Aidilfitri dan Hari Keluarga bagi meraikan semua pengamal media dan seluruh ahli keluarga mereka," katanya. - K! ONLINE