Menurut penyelaras program, Khairul Azni Karim, 39, konvoi bersifat inovatif itu telah dianjurkan sejak 2014 bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan selain merapatkan hubungan sesama mereka yang memiliki jentera berat itu.

"Konvoi kali ini melibatkan jarak kira-kira 20 kilometer bermula di Dewan Warisan, bulatan Kangar, Jejawi, Arau, Pauh, Kuala Perlis sebelum berakhir di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

"Program bermula pada pukul 2.50 petang dan setiap buah jentolak dipasang dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perlis.

"Semua perbelanjaan melibatkan kos RM100 seorang tanpa melibatkan penaja dan setiap pengusaha dan pemandu mengeluarkan duit poket sendiri demi negara," katanya ketika ditemui hari ini.

Kesemua peserta lelaki yang terlibat berusia 25 hingga 40 tahun.

Backhoe merupakan traktor yang mempunyai atau dipasang dengan alat pengorek atau penggali di belakang dan alat pengaut dihadapan ya.

Jentera berat ini boleh mencapai kelajuan maksimum 40 kilometer sejam dan harganya melebihi RM40,000 sebuah.

Jentolak biasanya disewa untuk kegunaan meratakan tanah ladang dan tapak kediaman dengan harga bermula RM350 bagi tempoh lapan jam. - K! ONLINE