Dalam kejadian pada pukul 10.37 malam itu, pasukan dari Balai Tun H.S. Lee tersebut terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah (gambar kecil) berkata, sekumpulan 30 pekerja kontrak China itu cuba menyerang selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Tembakan dilepaskan sebagai tanda amaran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.