Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, langkah tersebut sebagai tanda warga IPD Shah Alam mempamerkan semangat cintakan negara bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku.

Katanya, kenderaan tersebut adalah daripada pelbagai unit termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta Peronda Polis (MPV).

"Tema Sayangi Malaysiaku memberikan penekanan bukan sahaja menjaga kemerdekaan sebalik perlu kepada kemuafakatan dan kesepakatan dalam menjayakan agenda nasional negara.

"Semua pihak juga perlu bersatu dalam kepelbagaian kaum terutama dalam menjaga keharmonian di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis kempen mengibarkan bendera Malaysia peringkat IPD Shah Alam di sini hari ini.

Pelepasan kenderaan itu telah disempurnakan oleh Baharuddin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Pemilik Restoran Hakim Sdn. Bhd., Datuk Hakimsa Abdul Karim. - K! ONLINE