Satu sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi tiga pertuduhan tambahan membabitkan dana SRC International.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembia­yaan Kega­nasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesa­lahan. Kes tersebut dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 9, Hakim Azura Alwi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.