Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, hasil operasi bersepadu pelbagai agensi kelmarin, pihaknya menahan operasi, kelengkapan serta peralatan terhadap satu kilang, manakala pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bertindak menyita ketiga-tiga kilang terbabit.

“Sebuah kilang dipercayai mengitar semula bahan terpakai seperti plastik dan minyak terpakai. Sebuah kilang lagi berasaskan logam dan sebuah lagi kilang disyaki membuat pengasingan sisa pepejal,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.