Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia dan Sains Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, namun begitu, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 298 kes berjaya diselesaikan sehingga kini dengan murid-murid yang terlibat sudah menunjukkan perubahan tingkah laku dengan tidak mengulangi kesalahan ponteng.

"Berdasarkan data eRekod Kaunseling Sekolah-Sekolah Negeri Johor (Januari - Jun 2019), jumlah kes ponteng adalah sebanyak 3,992 kes.

"Kes ponteng yang telah diselesaikan setakat ini adalah sebanyak 298 kes manakala selebihnya iaitu 3,694 kes lagi, masih dalam proses bimbingan dan kaunseling serta dilakukan secara berterusan sehingga akhir persekolahan tahun ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) berhubung langkah terkini bagi memastikan kadar ponteng kelas dan sekolah berkurangan di negeri ini. - Bernama