Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin berkata, sehingga kini belum ada lagi kes keracunan dilaporkan akibat makanan yang dijual sepanjang bulan puasa ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dan pemantauan penting supaya makanan yang djual selamat dimakan dan tidak menjadi punca kepada kejadian penyakit bawaan air dan makanan.

“Kita berharap tidak ada kes keracunan berlaku pada tahun ini dan kita juga berharap penjual dan pengguna memilih gerai bersih untuk elak wabak keracunan makanan.

 "Kita sudah beri taklimat kepada peniaga dan penjual di bazar Ramadan sebelum bulan puasa supaya mereka mematuhi segala peraturan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pesakit di Wad Cempaka di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali.

Antara bazar Ramadan yang sudah diperiksa adalah termasuklah di Wakaf Bharu, Dataran Jeli, Beris Kubur Besar, Batu Jong, Machang dan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. - K! ONLINE