Tanpa memberikan butiran terperinci, bekas pegawai perubatan klinik kesihatan cawangan Jinjang itu berkata tabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan obesiti dan boleh menyebabkan golongan muda juga menghidapi diabetes.

"Ini menimbulkan kegusaran di kalangan pengamal perubatan* Ini hanya jumlah pesakit diabetes yang datang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja dan jumlah sebenar lebih ramai lagi," katanya kepada pemberita pada pelancaran kempen 'Blue Socks Educational Roadshow Launch Agenda', di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Diabetes Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohd Shariff Osman menggesa orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes dan mengambil tahu simptom penyakit itu sebelum ia memudaratkan diri.

"Sebagai langkah awal, orang awam disaran untuk jalani ujian saringan kerana penyakit ini (diabetes) tidak mengenal usia.  Mencegah lebih baik dari merawat," tambahnya.

'Blue Socks Educational Public Roadshow Launch Agenda' adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai diabetes terutama mengenai langkah-langkah pencegahan serta rawatan alternatif bagi mengelak komplikasi ke atas mereka.

Lebih 100 orang terdiri daripada golongan pesakit diabetes dan pengamal perubatan menyertai program yang diadakan di Pusat Komuniti Taman Manjalara, Kepong. - Bernama