Beliau berkata statistik yang diperoleh hasil ujian saringan air kencing oleh polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu amat membimbangkan.

"Kami memandang serius perkara itu dan tindakan segera diambil dengan menggerakkan program yang sepatutnya...semakin  ramai remaja termasuk pelajar sekolah menjadi penagih dadah sejak usia muda," katanya  kepada pemberita selepas melawat Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar di sini hari ini.

Turut  hadir pengetua sekolah itu, Mohd Shabri Othman. Sekolah itu kini menempatkan 109 pelajar lelaki.

Sementara itu, Thaiveegan berkata polis masih mengesan tiga pelajar Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar yang melarikan diri awal pagi Ahad lepas  dan percaya mereka yang berusia 17 hingga 18 tahun itu masih berada di sekitar negeri ini.

Hasil pemeriksaan terdapat kesan kopak pada pintu asrama dan mereka dipercayai meloloskan diri melalui pintu kedua berhampiran padang yang tidak berkunci. - Bernama