Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, daripada jumlah terbabit seramai 143 individu mendaftar melalui sistem Volunteer Smart Petrol (VSP) manakala 137 individu mengisi borang maklumat balik kampung.

“Terdapat juga satu pendaftaran yang diterima menerusi talian Hotline Polis Johor. Saya berharap agar orang ramai tampil mendaftar bagi membolehkan polis mendapat statistik sebelum rondaan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan bangunan Residensi Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Mohd. Khalil menambah, rondaan di sesebuah kawasan akan dilakukan mengikut keperluan sesuai dengan tahap keselamatan di setiap kawasan.

“Kekerapan rondaan bergantung kepada laporan yang diterima. Disebabkan itulah pendaftaran ini penting untuk polis melihat statistik sesebuah kawasan perumahan yang ditinggalkan penduduk sebelum membuat rondaan,” katanya. - K! ONLINE