Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, program tahunan yang memasuki edisi kelima itu diadakan dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara pihaknya dengan masyarakat setempat.

“Dalam konteks ini, setiap restoran McDonald’s akan menaja surau atau masjid terpilih pada setiap minggu berdasarkan bajet yang diperuntukkan kepada mereka untuk melaksanakan program kemasyarakatan berkenaan.

“Pada malam ini, kami turut menaja burger McChicken dan pai epal untuk dinikmati oleh kariah Masjid Taman Cheras Jaya selepas solat sunat terawih,” katanya kepada Kosmo! Online di sini malam tadi.

Jelasnya, McDonald’s turut berhasrat meneruskan usaha murni ini pada setiap bulan Ramadan memandangkan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat begitu menggalakkan sekali. - K! ONLINE