Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 264,352 telah menerima BMT iaitu bantuan RM200 sebulan yang diberikan pada November dan Disember 2017 serta bayaran yang akan diterima pada Januari 2018. 

"Buat masa ini juga kerajaan tidak bercadang menyediakan bantuan lain untuk pekebun kecil dan penoreh getah bagi memperolehi pendapatan semasa musim tengkujuh," katanya menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) mengenai inisiatif selain BMT yang diberikan kepada kumpulan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya  program pendaftaran dilaksanakan menerusi dua kaedah iaitu dalam talian serta pendaftaran menerusi ketua kampung atau pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). - Bernama