Acara yang julung kali diadakan itu berlangsung di Stadium Educity di sini, malam tadi, disertai murid-murid berusia empat hingga 12 tahun.
Pengiktirafan diberikan setelah mereka selesai memainkan tiga lagu iaitu Muafakat Johor, 'Mary Had A Little Lamb' dan 'Little Tiger' menggunakan ukelele secara serentak dan lancar.
Plak pengiktirafan MBOR disampaikan PengurusPejabat MBOR, Lee Poi Leng kepada penganjur, Grownce Sdn Bhd, sebuah agensi yang membantu pelajar dalam bidang pendidikan di sekolah dan taska.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Siew Kiong. - Bernama