Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut bertujuan mendisiplinkan sebahagian penternak di daerah tersebut yang tidak bertimbang rasa kerap melepaskan haiwan ternakan mereka tanpa pengawasan.

"MPK tidak akan lagi berkompromi. Setiap haiwan ternakan yang didapati merayau tanpa pengawasan akan ditangkap dan kompaun bakal dikeluarkan kepada pemiliknya.

"Kadar kompaun ditetapkan ialah RM250 bagi seekor lembu, kerbau (RM200) dan kambing (RM100). Jika haiwan ternakan yang disita itu tidak dituntut penternaknya dalam tempoh tujuh hari, ia akan dilelong kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Johan berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut selaras dengan arahan kerajaan negeri Terengganu mengikut Seksyen 6(1) Undang-Undang Kecil (Majlis Daerah Kemaman) 1989. - K! ONLINE