Dalam operasi hampir tiga jam pukul 10.30 pagi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu mengeluarkan sebanyak 232 saman atas kesalahan tersebut daripada jumlah keseluruhan iaitu 375 saman.

Malah tinjauan Kosmo! Online semasa operasi turut mendapati seorang penunggang motosikal cuba melawan arus sejauh 100 meter bagi mengelak sekatan tersebut sebelum ditahan polis.

Lelaki berusia 21 tahun didapati menuju ke rumahnya di Seksyen 18 di sini dari Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemeriksaan mendapati penunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu selain menunggang motosikal bukan di laluan khas motosikal.

"Antara alasan digunakan oleh penunggang motosikal sepanjang operasi itu adalah ingin segera sampai ke lokasi kejadian selain tidak menemui jalan masuk bagi laluan motosikal.

"Tujuan kita melakukan operasi itu bagi memberikan kesedaran kepada penunggang motosikal berkaitan keselamatan mereka terutama apabila tidak menggunakan laluan yang dikhaskan," katanya di sini hari ini. - K! ONLINE