Mereka terdiri 20 lelaki dan seorang wanita itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam operasi  bermula pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi tersebut bertujuan mengesan dan menahan penagih dadah serta gelandangan yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah.

Menurutnya, kesemua mereka yang didapati positif dadah kemudiannya diserahkan kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut. - K! ONLINE