Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, hujan lebat lebih empat jam yang melanda kawasan terbabit menyebabkan berlakunya banjir kilat.

"Kawasan terbabit mempunyai laluan air yang sempit menyebabkan air bertakung dan melimpah ke kawasan kediaman penduduk," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut, setakat ini tidak ada mangsa banjir yang dipindahkan dan keadaan masih terkawal.

"Kita akan membuat pemantauan berterusan mengenai paras air serta kediaman di kawasan yang dilanda banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini," jelasnya. - K! ONLINE