Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, jumlah itu melibatkan peruntukan kira-kira RM18.35 juta.

"Manakala bagi daerah Kuala Nerus, seramai 2,503 orang guru daripada45 buah sekolah menengah dan rendah menerima tablet tersebut hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tablet tersebut di sini hari ini. 

Beliau berkata  denganadanyatablet berkenaan,  corak pengajaran guru-guru menjadi lebih efisien dan menarik.

Ahmad Razif juga mengumumkan bantuan pentadbiran RM2,000 bagi setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk 504 buah sekolah di negeri ini melibatkan peruntukan RM1.08 juta. - Bernama