Pegawai Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan (PA) Muhammad Hilmi Yaakob berkata, tiga keluarga lagi yang membabitkan lapan mangsa berpindah di rumah keluarga terdekat masing-masing.

Menurutnya, jumlah mang­sa ribut itu membabitkan 80 orang lelaki dewasa, wanita (95), kanak-kanak lelaki (26), kanak-kanak perempuan (24) serta masing-masing dua bayi lelaki dan perempuan.

Katanya, tujuh kampung yang terlibat adalah Kampung Kuala Melaka, Kampung Kuala Teriang, Lorong Surau Kampung Baru, Kampung Padang Jawa, Penginapan Pak Hashim, Kampung Sungai Kedas dan Kampung Batu Ara.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.