Perhimpunan anjuran Gabu­ngan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) itu berlangsung selama tiga jam bermula pukul 2 petang.

Mereka berhimpun di situ setelah polis menghalang kumpulan mahasiswa berkenaan untuk ber­arak dari Masjid Negara.

Difahamkan gabungan itu melibatkan mahasiswa daripada beberapa universiti awam antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Presiden GAMIS, Faizzudin Mohd. Zai berkata, pengiktirafan UEC tidak harus timbul memandangkan sistem pendidikan kebangsaan masih relevan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.