Mereka berkumpul di luar pekarangan masjid berkenaan selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.15 petang.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bersama beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), rakyat Palestin yang tinggal di negeri ini dan ahli politik.

Mereka membantah sekeras-kerasnya keputusan Trump dan memperjuangkan keamanan rakyat Palestin di negara terbabit. - K! ONLINE