Antara kawasan yang terjejas adalah di Kampung Padang Lalang, Kampung Permata Rawa, Taman Mutiara, Jalan Tembikai, Taman Cantik, Gerbang Mak Mandin, Runah Hijau Mak Mandin, Taman Amra, Taman Usaha dan Taman Senangin.

Turut ditenggelami air adalah di Taman Siakap, Taman Sukun, Taman Senangin, Taman Bunga Raya, Taman Sungai Rambai dan Taman Desa Damai.

Paras ketinggian air dilaporkan dari 70 hingga 300 milimeter.

Difahamkan, tiada lagi pusat pemindahan kepada mangsa banjir dibuka sehingga pagi ini dan ketika ini kawasan-kawasan berkenaan termasuk di Daerah Timur Laut dan Barat Daya masih hujan. - K! ONLINE