Kejadian kira-kira pukul 1 pagi tersebut, semua rumah jenis kayu yang terletak dalam kawasan berkeluasan 0.4 hektar itu musnah sepenuhnya.

Difahamkan, kebakaran berpunca dari sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain berikutan jarak kedududukan yang rapat antara satu sama lain.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi,  Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai 10 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.13 pagi. 

"Sebaik tiba di sana, pasukan bomba segera menjalankan operasi memadam kebakaran sebelum kebakaran semakin teruk.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini," katanya hari ini.

Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 4.45 pagi. 

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - K! ONLINE