Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat balai bomba dibina di kawasan bandar manakala, baki 16 lagi dibina di luar bandar.

"Sebanyak 20 Balai Bomba dan Penyelamat yang masih dalam pembinaan di seluruh negara dijangka siap pada tahun ini.

"Kedudukan Balai Bomba dan Penyelamat ini sangat penting kerana kemudahan itu akan memudahkan anggota bomba tiba di lokasi tanpa memerlukan masa yang panjang dan ia juga merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada JBPM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan lebih 30 Tahun JBPM Negeri Sembilan 2017 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBPM negeri, Norazam Khamis. - K! ONLINE